Monday, December 15, 2014

Petua Perut Buncit - Buat sendiri

Petua Petua Petua... bila sebut je petua semua pun nak cuba, betul tak? Satu perkara yang orang selalu risaukan terutamanya lelaki lah, PJK (Perut Julur Kedepan) kannnn... Samalah saya juga, sapa tak risau kalau perut BUNC.. kan, Ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan lain termasuklah masalah kelakian.

Menarik pasal petua ini, sememangnya petua ini tidak memerlukan diet ataupun peralatan yang canggih manggih. Pernah tak tuan-tuan cuba bengkung, tak kisah lah apa brand pun, walaupun bengkung orang mengandung tu, Petua ni juga berhasil untuk yang mengamalkannya. Sebab itu orang lebih mengandung digalakkan berbengkung, Ini petua orang lama yang tidak telam dek zaman. Ada macam2 daun herba digunakan, semuanya untuk menjadikan perut2 yang kendur tu kembali tegang dan kempis seperti sebelum mengandung. Cubalah petua ni.

Tapi sekarang macam2 bengkung ada di pasaran, paling murah hinggalah paling mahal. Bukan petua dah, tapi alat yang memang mampu membantu mengempiskan perut. Bermacam2 tenaga digunakan termasuklah FIR dan ANION yang mampu membantu dalam proses tersebut.

Pernah dengar atau pakai Body Sculpture? Ada dijual di pasaraya, digunakan untuk mengempiskan perut. Fungsikan menekan perut ke dalam dimana lama-kelamaan perut yang ingat posisi asalnya dan kembali kempis. Tapi bila ditahan begitu ada juga buruknya, sebab takut darah tak dapat bergerak dengan lancar. Lama-kelamaan boleh sesak nafas juga, Ini kawan saya cerita laaa.. So ambil sedikit sebagai peringatan. Tapi kalau ingat teori memang berkesan benda alah tu.

Actually, dari implikasi alat tu tadi, memang saya nak share petua yang lebih mudah. petua perut kempis ke perut buncit ni boleh buat sendiri. Perut merupakan otot berlemak. So kalau makan tak jaga, berlebihan memang mudah lemak berkumpul di situ, Petuanya senang, tegakkan tulang belakang, buka naikkan bahu, tapi tegakkan tulang belakang, Lepas tu tekan perut dengan menyedutkan ke dalam. Maksudnya bukan tekan pakai tangan atau alat2 lain. Petua ni simple. Buat lah selalu dan tahan selama mungkin. Biasakan diri sewatu duduk mahupun berjalan. Cubalah. Tapi yang lebih penting kawallah pemakanan dan bersenam sikit-sikit. Barulah hensem sikit.
Walaupun payah di permulaan, tapi hasilnya mantap. Petua simple pun tak mahu buat, tak tau nak cakap apa lagi. Sekadar mengingatkan diri sendiri jer.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment