Assalamulaikum, bercerita tentang apa aku nak jadi sejak dari kecil, orang kata impian takkan padam tetapi impian boleh berubah-ubah. Daripada main hentam jer, sampai lah betul2 tahu apa impian sebenarnya...
Dulu-dulu, semasa aku masa bayi memang laa aku tak tahu besar nanti nak jadi apa, maklumlah baru nak kenal dunia kan. Tapi seronoknya aku tak ingat langsung bila aku mula merangkak, berjalan ataupun bercakap, Waktu bayi kan, agak2 laa... kalau aku ingat mesti cerita ini akan panjang 1000 patah perkataan kot.
So, bermula zaman sekolah rendah, cikgu mesti la tanya apa impian, cita-cita, besar nanti nak jadi apa? Aku kan blur-blur, masa tu darjah 3 atau 4 laa, mana laa tau kan kerja pelik2 ini. Kawan2 pun share laa impian mereka. Yang paling banyak mestilah nak jadi cikgu dan polis. Nak jadi cikgu sebab cikgu ini kerja senang, duk depan ajar ja. Then itu la yang tahu jenis pekerjaan pun. Letak laa impian tu. Nak jadi polis pulak sebab suka naik kereta polis, ada bunyi-bunyi. Maklumlah zaman budak2. Kannnnn... tapi aku... Nin dia impian aku masa sekolah rendah...

Bomba... "rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlomba lomba"... ingat tak lagu ni? Ni lah sebabnya aku nak jadi bomba, sebab suka lagu tu. hahaha... masa tu tau laa kerja bomba tu padam api... boleh naik lori besar warna merah dengan topi keras. best tu kan.... impian merapu lah tu...
Sambung sekolah menengah, dah paham bomba kerja apa, bukan setakat padam api, ligan biawak, cuci longkang, tolong masa accident dan banyak lagi laa... tak jadi... impian baru ku bina... nah nin dia... impian paling senang bg aku masa tu, besar nanti nak jadi...
Cikgu... comel tak? kalau lelaki hensem lah kan... hahaha... cikgu math, sebab aku suka gila matematik sampaikan masa PMR dapat 1A7B, yang A tu math saja, SPM Math dan Add Math A jugak. Dipendekkan cerita minta maktab tak dapat, minta ijazah matematik pun tak dapat. Impian tinggal impian laa lepas SPM.
Dapat laa sambung belajar dalam Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Shah Alam. Impian nak jadi cikgu tak berkubur lagi. Habis sahaja Ijazah, masih cuba ni minta KPLI 3 tahun berturut-turut tak dapat. Last-last dah geram sangat, aku mengajar tuisyen sebagai pengubat rindu. Oklah kan.. orang pun panggil aku Cikgu juga, best oooo...
Tapi walaupun aku background ala-ala IT, tapi start kerja pertama jadi Sales & Training Executive, impian yang tak ada dalam list masa kecik, impian ke ni? Sampai lah sekarang... aku masih tak tahu mana satu impian aku sejak kecik...
Tapi yang aku perasan aku masih mampu berimpian, dan impian aku semakin hari semakin banyak. maksudnya bukan cita-cita semata-mata, lebih kepada impian seluruh hidup. Aku rasa aku dah faham apa impian. Sekarang ini aku dah bekerja lebih 8 tahun walaupun bukan jadi cikgu. Siapakah aku aku hari ini?
No comments:
Post a Comment