Monday, September 20, 2021

Daun Kaduk is Wild Betel

 



Apa tu Pokok Kaduk? Pak Kaduk tu lain ye!!!

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut  dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang. Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran  2.5-5 cm panjang Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang  ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar (procumbent) yang besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan rasanya manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak  berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate) . 


Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya masih sedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di antara kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan semata-mata, ia lebih dari itu. Cara pembiakannya melalui anak benih atau keratan batang. Air rebusan dari akar pokok ini dapat melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat demam malaria dan bagi melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. 


PENGEDARAN SECARA GEOGRAFI 
Pokok kaduk mudah ditemui di beberapa bahagian China Selatan, Fujian, Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan, Xizang, Yunnan, atau di negara-negara Asia seperti Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Vietnam dan sejauh kepulauan Andaman. 


PENGGUNAAN DALAM MASAKAN 
Daun kaduk biasanya dijualsecara ikatan dan dimakan secara ulaman. 
• Dalam masakan Thai (Thai cuisine), daun kaduk digunakan sebagai pembalut miang-kham, sejenis makanan ringan (snek) tradisional, ia juga merupakan salah satu daripada bahan untuk kari Kaeng-khae dari Thailand Utara. 
• Dalam masakan Laos (Laotian cuisine), ia adalah sebahagian daripada ramuan salad. 
• Dalam masakan Melayu (Malay cuisine), ia diracik untuk dimakan sebagai ulaman, jenis salad orang Melayu. 


PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL 
Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial. Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C. Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis. 


PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN
Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan. Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan. “Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, ia itu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri," Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti,” Prof Dr Zhari berkata, berbeza produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan ia itu pembentukan sel lemak dalam badan. 


7 Khasiat Daun Kaduk: 
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat; - sembelit -sakitgigi - demam malaria - lemah dan sakit dalam tulang Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza. 


1. Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum. 
2. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya. 


3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya. Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:         
i.            Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.       
ii.            Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.    
iii.            Rebus kesemua sehingga mendidih.     
iv.            Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.       
v.            Air rebusan diminum perlahan-lahan. 


4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.         
i.            Ambil beberapa helai daun kaduk segar.       
ii.            Ramas-ramaskan daun tersebut.     
iii.            Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air. Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan. 


5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.         
i.            Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.      
ii.            Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.     
iii.            Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher. 


6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.         
i.            Ambil beberapa helai daun kaduk.       
ii.            Tumbuk sampai lumat.     
iii.            Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau. 7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.

PEMASARAN SECARA KOMERSIL

Seiring dengan peredaran masa dan teknologi yang semakin canggih, ramai pengusaha telah berjaya menjadikan kaduk sebagai produk kesihatan yang bukan saja lebih mudah untuk diamalkan, malah kualiti dan mutunya terjaga. Terdapat dalam bentuk kapsul, air dan juga pil seperti jamu. Semua jenis ini bagi memudahkan pengguna menikmati kebaikan kaduk dalam bentuk yang lebih mudah. Dengan cara ini, rasanya tidaklah begitu pedas dan pahir untuk ditelan dan dalam masa yang sama jika mereka gemar memakannya seperti mengunyah ia lebih nikmat dan kesan yang lebih efesien.

Salah satu produk jenama DXN yang begitu hebat dipasarkan dengan nama 'DXN WILD BETEL 360mg' dalam bentuk pil. Antara keistimewaan produk DXN ini adakah kerana WILD BETEL ini ditambah dengan khasiat madu dan minyak kelapa dara. Secara umumnya, pengguna dapat menikmati khasiat 3 dalam 1. 

Tuesday, March 27, 2018

RENEW ROADTAX MOTOR EXPIRED LEBIH SETAHUN... PENGALAMAN BARU SAYA...

OK GENG. Hal ni biasa tapi tak semua orang tahu walaupun sebenarnya simple je proses dia.
.
Nak share sikit pengalaman pertama dan mungkin tak ada lagi pengalaman macam ni lepas ni. Bila kita tak tau tu yang bertangguh nak buat sebab kita ingatkan renyah proses dia kan... Tapi bawa motor tak dak roadtax, tak renyah pulak yer... Hahaha
.
Sebab tu kena selalu check roadtax bila tamat supaya tak terjadi hal yang macam ni.
.
*gambar sekadar hiasan
.
Yang pertama, kenapa tak renew sebelum roadtax mati atau sebelum setahun expired???
Jawapan dia, kalau renew mungkin pengalanman ni atau post ni tak wujud laaa... hahaha...
Sebenarnya, memang perasan roadtax mati dan motor pun jarang guna. Jadi bila rasa nak guna kerap ni baru laa terhegeh2 nak renew. Rupanya tak boleh sebab lebih setahun. Jeng...
.
Tak ada pilihan, kena laa melalui prosedur yang ditetapkan untuk renew roadtax yang expired ni.
Tak kisahlah motor ke kereta ke, sama je proses dia.
So saya share skit pengalaman dan proses yang terlibat.

1. Buat inspection di Puspakom.
Sebaiknya kalau kereta buat laa temujanji (apponitment) dulu supaya urusan nanti lebih cepat sebab kereta banyak gak hari-hari. Kalau motor ni tak sangat, kadang2 x ada pun (kata pegawai puspakom tu la).
Macam sy di TTDI Jaya Shah Alam, sy buat di Puspakom Glenmarie paling dekat. Nak pi padang Jawa pun boleh tapi seorang abang salesmen pernah cakap Puspakom Padang Jawa untuk kenderaan komersial saja.
.
Tak kisahlah dah sampai kita buat saja. Nak bawa apa? IC dan geran ori. Kalau wakil pun boleh, asalkan ada geran original. Mula2 kena g kat kaunter polis bantuan, isi borang dan pass kat kaunter daftar dan bayaran. Sebelah-sebelah je. Lagi ramai orang lagi lama laa tunggu sebab staf yg buat tu ada 2 orang saja. Ini masih proses daftar. Saya p tak pagi sangat dalam pukul 10.30pagi. Ada sorang abang ni kata mai petang tak ramai sangat. Hehe... So agak berderet gak laa kereta. Dalam 45 minit nama saya dipanggil dan kena bayar RM21.20(termasuk GST), ok laa kan... dah dekat 2 tahun bawa motor x dak roadtax kan...
.
Dapat ja pengesahan dan resit bayaran, bawa motor masuk dalam tempat inspection, tinggalkan borang dengan geran tadi atas motor dan pegawai tu suruh angkat seat (makna suruh dia buat inspection la). Resit simpan. Nanti pegawai akan datang buat inspection. Kita boleh tunggu kat motor ataupun dalam bilik menunggu. Kalau kereta kena drive sendiri laa masuh laluan inspection. Kalau motor ni simple je... check no casis n enjin sama dengan geran. Pastu check signal, lampu dan hon. Settle. Nak pesan!!! Sebelum pegi situ, basuh dulu motor terutama bahagian enjin sbb nak bagi nampak clear no enjin dan casis tu. Tak dak laa pegawai nanti kena tolong lap pulak. Bagus tu dapat mudahkan kerja orang lain. Kita pun senang hati. Dan juga lengkapkan laa apa yang patut. No plat tak dak bubuhlaa baru, side mirror bagi cukup 2 belah. Supaya semuanya mudah.
.
Dipendekkan cerita, semua settle. Tunggu di bilik menunggu sampai laa no motor dipanggil. Tunjuk resit, dia bagi laa laporan... LULUS inspecion. Yehaaa... habis satu bab. Dalam 1 jam 45 minit gak kat sini.
.
2. Buat Insuran di mana2 company insuran la...
Nak senang p MyEG ataupun pejabat pos. Buat insuran saja tak boleh renew roadtax lagi. Sebab sistem tak open lagi selagi kita tak pergi JPJ. Bab ni yang sedihnya, bila insuran dah mati lebih setahun, NCD jadi '000' balik. Makna kena bayar insuran 100%... Hukhuk... padan muka sendiri lah kan... So, tambah tolak kena laa bayar RM253.80 motor kapcai ja... kalau superbike, kereta ka... cer bayangkan...
Kalau nak pergi JPJ terus boleh ka? Boleh! Tapi tetap kena buat insuran dulu. Macam sy p JPJ Padang Jawa. Kat sana ada ramai gak muka2 jual insuran motor ni. So boleh pilih mana suka dan pastikan depa print polisi on the spot. Kalau jenis x dak printer ni, tak yah buat kat depa la.
.
3. Renew Roadtax di JPJ Padang Jawa.
Disebabkan saya buat insuran di Pejabat Pos yang kena tunggu lama jadi sampai JPJ dalam pukul 2.30ptg. Waktu ni memang ramai manusia dia JPJ; naik tingkat satu, bahagian pembaruan cukai jalan sebelah kiri. Belah kanan untuk renew lesen. Jadi no giliran tak dak, kena laa beratur sat saja lebih kurang 20minit.  Bagi polisi insuran baru, geran dan report inspection Puspakom kat kaunter, bayar RM2, dapat laa roadtax setahun. Ye haaaaa.... roadtax baru... settle urusan.
.
Simple je kan proses.
Cuma kalau g portal puspakom dinasihatkan dapatkan dulu 'permit perjalanan sementara' daripada JPJ. Permit ni hanya sah sehai saja untuk kita bawa kenderaan dari rumah ke alamat JPJ atau Puspakom saja. So kalau otw nak p tu kena tahan tunjuk ja permit tu lepas laa... tapi hari tu je laa...
Macam saya, redah je... hehe
.
Satu lagi khidmat runner, macam kat Glenmarie ni pun ada... duk dalam kereta saja, yang lain runner buatkan... tapi caj banyak gak laa.. ada yang sampai RM150 siap bayar duit proses la... Bayangkan kalau kereta RM26.50 duit proses, upah selebihnya.
.
Jadi, kepada kawan2 yang roadtax tak dak, mati tu jangan laa biar lama2... sebenarnya bahaya bawah kenderaan roadtax mati, jadi apa2 kat jalan habuk pun x dapat. Lagipun demi keselamatan kita, hidupkan laa roadtax tu. Nampak renyah tapi sebenarnya simple ja. Buat sendiri, baru laaa ada pengalaman baru.
.
Semoga bermanfaat.
.

Thursday, June 11, 2015

Lirik Lagu Kun Anta

Lirik Lagu : Kun Anta

Artis : Humood AlKhudher
Album : Single (2015)















Arabic

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
 فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
 فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
لا لا
 لا نحتاج المال
 كي نزداد جمالا
 جوهرنا هنا
 في القلب تلالا
لا لا
 نرضي الناس بما لا
 نرضاه لنا حالا
 ذاك جمالنا
 يسمو يتعالى
Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
كن أنت تزدد جمالاً
Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
كن أنت تزدد جمالاً
لا لا لا لا لا لا لا لا
 أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
 إلا بما يرضيني، كي أرضيني
سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
 فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
لا لا
 لا نحتاج المال
 كي نزداد جمالا
 جوهرنا هنا
 في القلب تلالا
لا لا
 نرضي الناس بما لا
 نرضاه لنا حالا،
 ذاك جمالنا
 يسمو يتعالى
Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
كن أنت تزدد جمالاً
Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
 وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
 وأكون أنا، ما أهوى أنا، لن أرضى أنا برضاهم
لا لا
 لا نحتاج المال
 كي نزداد جمالا
 جوهرنا هنا
 في القلب تلالا
لا لا
 نرضي الناس بما لا
 نرضاه لنا حالا
 ذاك جمالنا
 يسمو يتعالى
Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
كن أنت تزدد جمالاً
Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
 Oh wo oh, Oh wo oooh
كن أنت تزدد جمالاً



Lirik Lagu Kun Anta dalam Rumi

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir
La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za ka jamaluna
Yasmu yataa’la
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
La la la la la la la la
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi ni
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana
Fakona a’ti takfini, za ka yaqi ni
La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liri dhohum
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Kun anta tazdada jamala


Maksud Lagu Kun Anta dalam Bahasa Melayu

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.
  فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga
  و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
  فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.
  لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
 Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.
  لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.
  كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada
  أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
  إلا بما يرضيني، كي أرضيني
 melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
  سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku
  فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
 hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti
  سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku
  وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?


Lirik Lagu Kun Anta :  English Translation

In order to keep up with them
I imitated their looks and exterior
So I became someone else just to boast
And I thought that through that I gained a fortune
But I found that I’d lost, for these are mere appearances
No no
We don’t need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
La la la la la la la la
I accept people but I don’t imitate them
Except for what I agree with, to satify myself
I will just be myself, just the way I am, this is me
My conviction suffices, this is my certainty
No no
We don’t need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
I’ll be what I please to be
I won’t seek their acceptance
I’ll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance
I’ll be what I please to be
I won’t seek their acceptance
I’ll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance
No no
We don’t need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Be yourself and you will increase in beauty

Thursday, December 18, 2014

Kenapa Besi Berkarat - Kehidupan

Kehidupan yang komplek ini terhubung daripada binaan elektron yang berada di sekeliling kita di samping pelbagai jenis gas yang wujud bagi menyeimbangkan peraturan alam ini. Mengambil contoh, besi di mana kompenan penghasilannya yang juga komplek boleh menghasilkan kualiti objek yang kukuh dan cantik kerana kekuatan besi yang dihasilkan. Besi sebagai objek yang keras dan berat dijadikan bahan2 binaan yang utuh seperti tiang bangunan, jalan raya dan juga kenderaan. 

Namun, disebalik semua ini, tahu tak anda besi juga bukan lah kuat selamanya jika tidak dijaga dengan baik, sebab itulah ada istilah besi buruk, besi yang tidak ada kualitinya lagi, yang dibuang di merata. Kenapa? kerana besi karat dan mudah patah. Lihatlah apa saja bahan daripada besi yang terdedah kepada udara dan air akan mudah hitam berkarat dan mungkin rapuh dan patah. Ingat lagi dulu pagar sekolah sampai patah habis kerana tidak dijaga tidak di cat(sebagai pelindung). Begitu juga dengan tiang gol, kena bola sahaja pun boleh patah. Mesti sekolah anda juga pernah alami hal begini. Begitu juga di mana2 pasti ada peristiwa besi patah kerana karat. 

Menurut ilmu sains, karat atau kakisan yang berlaku pada besi merupakan proses elektrokimia, iaitu proses ( perubahan / reaksi kimia ) yang melibatkan adanya aliran elektrik. Bahagian tertentu dari besi berlaku sebagai kutub negetif ( elektrod negatif , anod ), sementara bahagian yang lain kutub positif ( elektrod positif, katod ). Elektron mengalir dari anod ke katod, sehingga terjadilah peristiwa kakisan. Karat atau Kakisan terjadi kerana adanya gas oksigen dan air. Kerana itu, besi yang disimpan dalam udara yang kering akan lebih awet jika dibandingkan di tempat yang lembap ataupun di dalam air. 

Relasinya dengan kehidupan? Manusia sebagai amnya adalah hasil daripada kompenen2 komplek yang kita tidak boleh lihat ke dalam, komposisi sel-tisu-orgran-sistem sangat kompleks. Jadi badan juga boleh 'berkarat' seperti besi jiga tidak dijaga. Apakah faktornya? antaranya kualiti Makanan, Air, Udara dan Tekanan hidup, atau ringkasnya MAUT. Jadi ada tak cara mengekalkan kualiti badan supaya tidak berkarat.

Pengalaman saya, makanan dan minuman seharian tidak banyak membantu jika kita tidak amalkan diet seimbang, Tetapi juga tidak banyak membantu kerana makanan 'segar' juga hari ini tidaklah sesegar mana kerana penggunaan bahan kimia untuk tujuan-tujuan awet dan pencegahan lain-lain. Nak tak nak, mesti ambil makanan atau minuman sampingan/tambahan. Jadi banyak jenis yang anda boleh dapatkan di luar, seperti saya mengambil Spring Life (Silica Stem Cells) untuk menamnah baik kualiti minuman yang masuk ke dalam badan. Gambar di bawah ini membuktikan ia mampu mengekalkan 'keremajaan' badan kita sepeti mana besi/paku di dalam air tersebut. Kita tidak mampu melihat apa yang berlaku di dalam badan kita, tetapi kita mampu menjaganya daripada luaran, apa yang kita bawa masuk kepadanya.


Kesihatan amat mahal, tidak ternilai... Jagalah sebelum terlambat. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat.
In shaa Allah. Semoga anda semua sihat seadanya dan menyihatkan orang lain.

Monday, December 15, 2014

Petua Perut Buncit - Buat sendiri

Petua Petua Petua... bila sebut je petua semua pun nak cuba, betul tak? Satu perkara yang orang selalu risaukan terutamanya lelaki lah, PJK (Perut Julur Kedepan) kannnn... Samalah saya juga, sapa tak risau kalau perut BUNC.. kan, Ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan lain termasuklah masalah kelakian.

Menarik pasal petua ini, sememangnya petua ini tidak memerlukan diet ataupun peralatan yang canggih manggih. Pernah tak tuan-tuan cuba bengkung, tak kisah lah apa brand pun, walaupun bengkung orang mengandung tu, Petua ni juga berhasil untuk yang mengamalkannya. Sebab itu orang lebih mengandung digalakkan berbengkung, Ini petua orang lama yang tidak telam dek zaman. Ada macam2 daun herba digunakan, semuanya untuk menjadikan perut2 yang kendur tu kembali tegang dan kempis seperti sebelum mengandung. Cubalah petua ni.

Tapi sekarang macam2 bengkung ada di pasaran, paling murah hinggalah paling mahal. Bukan petua dah, tapi alat yang memang mampu membantu mengempiskan perut. Bermacam2 tenaga digunakan termasuklah FIR dan ANION yang mampu membantu dalam proses tersebut.

Pernah dengar atau pakai Body Sculpture? Ada dijual di pasaraya, digunakan untuk mengempiskan perut. Fungsikan menekan perut ke dalam dimana lama-kelamaan perut yang ingat posisi asalnya dan kembali kempis. Tapi bila ditahan begitu ada juga buruknya, sebab takut darah tak dapat bergerak dengan lancar. Lama-kelamaan boleh sesak nafas juga, Ini kawan saya cerita laaa.. So ambil sedikit sebagai peringatan. Tapi kalau ingat teori memang berkesan benda alah tu.

Actually, dari implikasi alat tu tadi, memang saya nak share petua yang lebih mudah. petua perut kempis ke perut buncit ni boleh buat sendiri. Perut merupakan otot berlemak. So kalau makan tak jaga, berlebihan memang mudah lemak berkumpul di situ, Petuanya senang, tegakkan tulang belakang, buka naikkan bahu, tapi tegakkan tulang belakang, Lepas tu tekan perut dengan menyedutkan ke dalam. Maksudnya bukan tekan pakai tangan atau alat2 lain. Petua ni simple. Buat lah selalu dan tahan selama mungkin. Biasakan diri sewatu duduk mahupun berjalan. Cubalah. Tapi yang lebih penting kawallah pemakanan dan bersenam sikit-sikit. Barulah hensem sikit.
Walaupun payah di permulaan, tapi hasilnya mantap. Petua simple pun tak mahu buat, tak tau nak cakap apa lagi. Sekadar mengingatkan diri sendiri jer.

Selamat mencuba.

Tuesday, December 9, 2014

Impian Impian dan Impian Sejak Kecil

Assalamulaikum, bercerita tentang apa aku nak jadi sejak dari kecil, orang kata impian takkan padam tetapi impian boleh berubah-ubah. Daripada main hentam jer, sampai lah betul2 tahu apa impian sebenarnya...
Dulu-dulu, semasa aku masa bayi memang laa aku tak tahu besar nanti nak jadi apa, maklumlah baru nak kenal dunia kan. Tapi seronoknya aku tak ingat langsung bila aku mula merangkak, berjalan ataupun bercakap, Waktu bayi kan, agak2 laa... kalau aku ingat mesti cerita ini akan panjang  1000 patah perkataan kot.

So, bermula zaman sekolah rendah, cikgu mesti la tanya apa impian, cita-cita, besar nanti nak jadi apa? Aku kan blur-blur, masa tu darjah 3 atau 4 laa, mana laa tau kan kerja pelik2 ini. Kawan2 pun share laa impian mereka. Yang paling banyak mestilah nak jadi cikgu dan polis. Nak jadi cikgu sebab cikgu ini kerja senang, duk depan ajar ja. Then itu la yang tahu jenis pekerjaan pun. Letak laa impian tu. Nak jadi polis pulak sebab suka naik kereta polis, ada bunyi-bunyi. Maklumlah zaman budak2. Kannnnn... tapi aku... Nin dia impian aku masa sekolah rendah...

Bomba... "rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlomba lomba"... ingat tak lagu ni? Ni lah sebabnya aku nak jadi bomba, sebab suka lagu tu. hahaha... masa tu tau laa kerja bomba tu padam api... boleh naik lori besar warna merah dengan topi keras. best tu kan.... impian merapu lah tu...

Sambung sekolah menengah, dah paham bomba kerja apa, bukan setakat padam api, ligan biawak, cuci longkang, tolong masa accident dan banyak lagi laa... tak jadi... impian baru ku bina... nah nin dia... impian paling senang bg aku masa tu, besar nanti nak jadi...

Cikgu... comel tak? kalau lelaki hensem lah kan... hahaha... cikgu math, sebab aku suka gila matematik sampaikan masa PMR dapat 1A7B, yang A tu math saja, SPM Math dan Add Math A jugak. Dipendekkan cerita minta maktab tak dapat, minta ijazah matematik pun tak dapat. Impian tinggal impian laa lepas SPM.

Dapat laa sambung belajar dalam Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Shah Alam. Impian nak jadi cikgu tak berkubur lagi. Habis sahaja Ijazah, masih cuba ni minta KPLI 3 tahun berturut-turut tak dapat. Last-last dah geram sangat, aku mengajar tuisyen sebagai pengubat rindu. Oklah kan.. orang pun panggil aku Cikgu juga, best oooo... 

Tapi walaupun aku background ala-ala IT, tapi start kerja pertama jadi Sales & Training Executive, impian yang tak ada dalam list masa kecik, impian ke ni? Sampai lah sekarang... aku masih tak tahu mana satu impian aku sejak kecik... 
Tapi yang aku perasan aku masih mampu berimpian, dan impian aku semakin hari semakin banyak. maksudnya bukan cita-cita semata-mata, lebih kepada impian seluruh hidup. Aku rasa aku dah faham apa impian. Sekarang ini aku dah bekerja lebih 8 tahun walaupun bukan jadi cikgu. Siapakah aku aku hari ini?